Sunday 2 June 2013

CIRI_CIRI UJIAN STATISTIK INFERENSIAL


Pada tulisan saya kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan rekan-rekan semua tentang jenis ujian dan ciri-ciri ujian statistiknya yang digunakan dalam mengolah tesis dan penyelidikan anda yang lain. mudah-mudahan bermanfaat dan jika ada kesalahan mari kita berkongsi ilmu di sini.

TABEL . JENIS STATISTIK YANG DIGUNAKAN UNTUK ANALISIS DATA

JENIS ANALISIS
PEMBAGIAN
PENGERTIAN
KETERANGAN
T –test
1.       One  t-test
2.       Independent t- test
3.       Dependent t-test
·         Untuk melihat perbedaan min antara dua kumpulan
·         Merupakan data parametrik yang mana data harus berdistribusi normal
·         Apabila indepent t-test tidak berdistribusi normal (data non parametrik maka dianalisis dengan menggunakan Man Whithney U
·         Apabila dependent T-test tidak dapat berdistribusi normal (data non parametrik maka digunakan analisis Wilcoxon sign rank test
1. Variabel tidak bersandar ( nominal)
Variabel  bersandar ( nominal)
2.  Variabel tidak bersandar (nominal atau ordinal)
Variabel bersandar (nominal atau ordinal)
3.  Variabel bersandar dan tidak bersandar  (Selang atau nisbah)
Korelasi
1.       Korelasi Pearson (data parametrik)
2.       Korelasi Spearman (data non parametrik)
·         Untuk melihat hubungan antar dua variabel bersandar dan tak bersandar
·         Untuk korelasi pearson data harus berdistribusi normal
·         Untuk korelasi spearman data tidak perlu berdistribusi normal
1. Variabel tidak bersandar dan bersandar (Selang dan nisbah)
2. Variabel bersandar dan tidak bersandar (Ordinal)
Chi-square

·         Untuk menguji hubungan atau pengaruh dua buah variabel nominal dan mengukur kuatnya hubungan antara variabel tak bersandar yang satu dengan variabel nominal yang bersandar (C = Coefisien of contingency).
·         Data selalunya menuju kearah yang positif
·         Untuk data non parametrik sehingga data tidak bertaburan normal
1. Variabel bersandar dan tidak bersandar (Nominal)
Regresi
1.       Regresi sederhana
2.       Regresi berganda
3.       Regresi bertingkat
·         Regresi  digunakan untuk melihat sejauh mana variabel X mempengaruhi variabel y (hubungan sebab- akibat
·         Biasanya digunakan untuk melihat sumbangan suatu variabel terhadap pariabel lain, dan ada juga yang menyatakan bahawa regesi untuk meramalkan atau memprediksi tentang suatu karakteristik tertentu

Y = a +bx
·         Variabel  x menggunakan data interval atau nisbah
·         Variabel y menggunakan data nominal atau ordinal
·         Atau untuk sebaliknya.
Anova
1.       One way anova
2.       Two way anova
1.       One way anova digunakan untuk melihat perbedaan 3 atau lebih kumpulan terdapat satu faktor pemboleh ubah bersandar dan satu faktor pemboleh ubah tak bersandar
2.       Two way anova digunakan untuk melihat perbedaan 3 atau lebih kumpulan yang memiliki 2 atau lebih variabel bersandar dan 2 atau lebih pemboleh ubah tak bersandar
1.       Data yang digunakan untuk one way dan two way anova adalah data selang atau nisbah

Monday 27 May 2013

PEMBELAJARAN GEOMETRI MENGGUNAKAN PERISIAN GEOGEBRA BERASASKAN LAMAN WEB UNTUK MEDIA PEMBELAJARAN MATEMATIK



PEMBELAJARAN GEOMETRI MENGGUNAKAN PERISIAN GEOGEBRA BERASASKAN LAMAN WEB UNTUK MEDIA
PEMBELAJARAN MATEMATIK

Hayatun Nupus
Universiti Kebangsaan Malaysia

En. Zoelkepeli bin Haron
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Penggunaan teknologi maklumat telah merubah paradigma pendidikan dari pembelajaran tradisional kepada penggunaan komputer sebagai salah satu alat bantu mengajar. Perkembangan teknologi maklumat dalam matematik menjadikan pendidikan terus mencipta pelbagai upaya untuk meningkatkan kefahaman dan pencapaian matematik. Antaranya dengan menggunakan perisian komputer melalui pelbagai software dalam matematik salah satunya ialah  geogebra. Geogebra merupakan salah satu software dalam matematik yang dapat digunakan sebagai media pembelajaran dan alat bantu mengajar. Penggunaan geogebra ini dibuat secara online dengan menggunakan laman web untuk mempermudah pengguna dalam pemakaiannya. Sofware geogebra berasaskan laman  web ini mampu membuat objek matematik yang abstrak dapat divisualisasikan secara cepat, tepat dan jelas.  Tujuan kertas konsep ini ialah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan media pembelajaran geogebra berasaskan laman web untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman konsep dan  pencapaian matematik pelajar terutama dalam topik geometri. Pembangunan laman web ini menggunakan reka bentuk model ADDIE yang diintegrasikan   dengan Kristop dan Satran. Manakala isi kandungannya berasaskan kepada model Van Hiele yang menggunakan tahap pemikiran geometri. Manakala, pendekatan pembelajaran yang diterapkan ialah dengan menggunakan pembelajaran kooperatif, inkuiri dan konstraktivism.

Kata Kunci:  Geogebra, Laman Web, Geometri, Media Pembelajaran

 Abstract

The use of information technology has changed the educational paradigm from traditional learning to use the computer as a teaching tool. Development of information technology in the education of mathematics continues to create various efforts to increase the understanding and achievement in mathematics. Among the various uses of computer software in mathematics one of which is the use geogebra. Geogebra is one of the mathematical software that can be used as a medium of learning and teaching aids. Use of this geogebra made online by using the website to facilitate users in the application. Sofware-based geogebra website is able to make abstract mathematical objects can be visualized in a rapid, accurate and clear. The purpose of this concept paper is to identify the effectiveness of media-based learning geogebra website to help students develop conceptual understanding and students' mathematics achievement in geometry topics. Website development using the ADDIE model of design that integrates with Kristop and Satran. While the content is based on the Van Hiele model using geometric thinking level. Meanwhile, the learning approach adopted is to use cooperative learning, inquiry and constructivism.

Keywords: Geogebra, Websites, Geometry, Learning Media
Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan  telah mencipta satu jambatan kepada bidang matematik yang lebih berkualiti iaitu menggunakan bahan media sebagai pengajaran matematik. Teknologi matematik  digunakan  oleh guru sebagai bahan bantu mengajar agar pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar dapat memenuhi objektif pembelajaran yang ada agar pembelajaran yang disampaikan lebih jelas dan bermakna. Media pembelajaran dapat digunakan sebagai penerangan terhadap konsep sehingga pesan yang disampaikan oleh guru kepada pelajar  dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Oleh itu, pelajar merasa senang dengan pembelajaran matematik bukan menganggap matematik sebagai suatu ilmu yang menakutkan. Matematik merupakan suatu ilmu yang sangat penting untuk diajarkan kepada pelajar kerana matematik merupakan suatu ilmu yang dapat melatih pelajar untuk berfikir secara logik, kritis, dan sistematik. Matematik ialah suatu subjek ilmu  yang dapat mendidik pelajar untuk mengembangkan pemikiran mantik, analisis, kritis, sistematik, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran menggunakan ilmu pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian (Razak &  Asmah 2011)
Mengingat pentingnya matematik untuk perkembangan ilmu pengetahuan maka di buatlah suatu media pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran menggunakan ilmu salah satunya dengan perisian geogebra berasaskan laman web. Geogebra berasaskan laman web dapat digunakan untuk mempermudah pelajar memahami matematik kerana dalam laman web ini pelajar dapat mencari maklumat, memperluas pengetahuan dan dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalahnya. Dengan adanya gambar atau pergerakan animasi yang dimiliki geogebra pelajar melihat dengan jelas sehingga pelajar dapat mengetahui peristiwa tersebut mengapa hal peristiwa tersebuat boleh terjadi. Dengan itu, pelajar akan mencuba memahami, meneroka, menilai,  menganalisis, dan yang paling penting ialah dapat memberikan makna terhadap apa yang telah dipelajari.

Perisian Geogebra untuk Media Pembelajaran Matematik

 Media merupakan bentuk jamak dari kata medium, merupakan sebagai perantara atau pengantar terjadinya komunikasi dari pengirim menuju penerima (Heinich et.al., 2002; Ibrahim et.al., 2001). Suatu perantara  atau penerima antara yang menyampaikan maklumat dengan penerima maklumat. Dengan kata lain media pembelajaran merupakan alat bantu yang digunakan untuk berkomunikasi yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima pesan.  Menurut Wayan (2007) pembelajaran merupakan proses komunikasi integral yang berlangsung dalam suatu sistem, maka media pembelajaran menempati posisi yang cukup penting sebagai salah satu komponen sistem pembelajaran. Tanpa media, komunikasi tidak akan terjadi dan proses pembelajaran sebagai proses komunikasi juga tidak akan bisa berlangsung secara optimal. Untuk menjambati itu geogebra merupakan salah satu komponen dalam suatu sistem pembelajaran matematik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Antohe (2009) bahawa perisian geogebra sangat efisien digunakan sebagai media dalam pembelajaran matematik
Geogebra merupakan sistem geometri yang interaktif (Rincon 2009) kerana perisian Geogebra dapat memfokuskan titik, vektor, ruas garis, fungsi dan sebagainya (Hohenwater 2008). Program Geogebra membenarkan pengguna untuk memanipulasi persamaan dan koordinat dengan menggunakan fungsi yang sedia ada dalam perisian tersebut.  ia juga memudahkan pengguna untuk memplot graf fungsi dan lain-lain. Ini membolehkan pelajar mencuba sendiri sofware tersebut sehingga bertemu dengan persoalan matematik yang dicari. Perisian geogebra dapat digunakan untuk pembelajaran geometri, algebra, statistik, kalkulus, dan lain-lain. Menurut Hohenwarter (2008) Geogebra adalah program komputer untuk pembelajaran matematik khususnya untuk topik geometri dan algebra  Selain itu, perisian geogebra juga melengkapkan pembelajaran algebra yang sedia ada seperti MAPLE, MuPad, DERIVE. Perisian ini juga melengkapkan pembelajaran geometri seperti Geometri Skadspad ataupun CAMRI (Mahmudi 2010)
Matematik merupakan suatu pembelajaran yang abstrak, begitu pun dengan geometri. Untuk menyelesaikan persoalan geometri tersebut, maka pelajar perlu menguasai konsep asas geometri dengan baik. Sehingga pelajar mampu untuk membuat penerokaan sendiri terhadap persoalan matematik sama ada untuk pelajar yang lemah mahupun untuk pelajar yang cerdas. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah untuk mengabstrakkan maklumat yang sesuai daripada dua sumber iaitu secara ilustrasi atau teks (Norlemi & Akmar 2007). Maksudnya di sini, pelajar lemah sulit untuk mengkhayalkan dan menyelesaikan persoalan matematik tanpa ada objek yang jelas dalam matematik tersebut. Oleh itu, pelajar memerlukan suatu media yang dapat memperjelas objek matematik tersebut dalam hal ini iaitu geogebra. Perisian Geogebra dapat memberi kemudahan untuk memulakan pelbagai aktiviti daripada pembinaan yang mudah atau konsep asas kepada pembinaan yang lebih kompleks kepada pengguna. Dengan itu, pengguna akan dapat membuat satu bentuk daripada satu titik sahaja sehingga dapat membentuk segi tiga, segi empat, lingkaran dan lain-lain (Mohini & Esmawahida 2012). Pengguna hanya perlu memilih ikon-ikon atau fungsi yang terdapat pada menu bar pada geogebra untuk membuat suatu gambar atau fungsi berdasarkan arahan yang telah diberikan.
Geogebra merupakan aktiviti atau proses penyebaran ilmu yang meliputi aktiviti perancangan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk mendedahkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar (Effandi & Hutkemri 2012). Salah satu kejayaan dalam proses pembelajaran dipengaruhi oleh kaedah pembelajaran yang dapat mengaktifkan pelajar dalam aktiviti belajar. Perisian Geogebra mempunyai ciri-ciri yang terbaik dan memberi kemudahan yang berkesan kepada pengguna (Mohini & Esmawahida 2012). Selain itu, pelajar dapat berinteraksi langsung dengan maklumat yang diperoleh sehingga pelajar boleh memberikan perhatian yang lebih terhadap pengajaran matematik tersebut. Apabila pelajar  kurang memahami pembelajaran maka dengan adanya sofware geogebra ini pelajar dapat mengulang kembali pembelajaran tersebut sehingga pelajar boleh memahaminya. Geogebra ini pembinaannya berdasarkan kepada konsep mesra pengguna (User friendly). Antara muka perisian geogebra yang sederhana hanya terdiri daripada beberapa menu bar yang masing-masing mempunyai fungsi yang berlainan. Ikon-ikon menempatkan fungsi tersebut berkaitan dengan matematik serta memberikan kemudahan yang baik kepada pengguna.

Rajah 1. Tampilan antara muka geogeba
 
Hal ini semakin mengukuhkan alasan bahawa geogebra dapat digunakan sebagai media untuk meningkatkan visualisasi pelajar sehingga pelajar dapat menguasai konsep pelajar terhadap matematik serta pencapaian matematik pelajar. Selain itu, dengan adanya gerakan-gerakan manipulasi pada program Geogebra, diharapkan dapat meningkatkan kemampuan kreativiti pelajar untuk menyelesaikan persoalan matematik.

Reka Bentuk Perisian Geogebra Beasaskan Laman Web

Webquest merupakan satu format pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan laman web dalam kelas. Webquest adalah suatu aktiviti yang berorientasikan inkuiri yang mana sebahagian atau semua maklumat yang diperoleh adalah daripada internet (Dodge 1997; Sharon et al. 2005). Menurut Norazah et al (2012) webquest bertujuan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang efektif dengan menggalakkan pelajar untuk lebih berfikir, pencapaian lebih baik, dan menggunakan sumber-sumber internet untuk mendapatkan lebih maklumat. Penggunaan sistem pembelajaran yang berasaskan web bagi mata pelajaran geometri ini bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam memahami persoalan matematik serta meningkatkan penguasaan konsep matematik pelajar. Pembangunan laman web ini menggunakan reka bentuk model ADDIE, yang mana ADDIE adalah singkatan daripada Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan), Implementation (perlaksanaan) dan Evaluation. Reka bentuk model ADDIE merupakan  asas daripada model-model reka bentuk instruksi. Reka bentuk ini mempunyai kelebihan yang tersendiri (Jamaludin & Zaidatun 2001)

Rajah 2. Fasa-fasa model ADDIE

Reka bentuk ADDIE ini dipilih kerana fasa yang ada di dalamnya disusun secara teratur dan jelas sehingga pembangunan laman web ini lebih sistematik. Reka bentuk model ADDIE ini diintegrasikan dengan reka bentuk Kristof dan Satran yang mana pada fasa reka bentuk, penulis memasukkan model Kristof dan Satran (1995) yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk antara muka atau persembahan. Reka bentuk informasi memberi penekanan terhadap pentingnya  matlamat pembangunan, menganalisis pengguna dan persekitaran berdasarkan kajian keperluan serta analisis awal yang telah dijalankan pada fasa analisis. Pada fasa reka bentuk interaksi penyelidik merancang, mengatur isi kandungan dan strategi penyampaian maklumat yang ingin disampaikan. Penyelidik sendiri yang menentukan bagaimana perisian berfungsi dan beroperasi (Jamaluddin & Zaidatun 2003). Selanjutnya pada fasa reka bentuk antar muka, penyelidik menentukan bagaimana bentuk atau variasi laman web yang di bangun. Seperti pemilihan template, warna, jenis media dan saiz media yang akan digunakan.
Laman web yang dibina menggunakan perisian joomla sebagai sistem pengurusan kandungan laman web. Laman web ini boleh dilayari di alamat http://www.hayatunnupusgeogebra.com. Dengan berbantukan laman web ini, penulis telah memasukkan perisian geogebra ke dalamnya. konten pembelajaran dibina terlebih dahulu supaya pembelajaran yang direka dapat dimuat naik ke dalam laman web. Laman web yang dibina hanya sebagai alat bantu dalam pembelajaran matematik. Di dalamnya dimuat konsep geometri, pelbagai soalan-soalan matematik serta video pergerakan geogebra. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Castronova (2002) yang menggunakan WebQuest, pelajar akan lebih melibatkan diri dalam pembelajaran di dalam kelas berbanding dengan pembelajaran tradisional. Selain itu, interaksi di antara pelajar, guru dan rakan sekelas dilihat berada pada peringkat pemikiran yang lebih tinggi dalam kelas yang menggunakan WebQuest. Penggunaan perisian geogebra berasaskan laman web ini juga dapat meningkatkan minat dan kecenderungan pelajar dalam mempelajari matematik (Mohini & Esmawati 2012)  

Teori Van Hiele untuk Pembelajaran Geometri

Teori van Hiele yang dikembangkan oleh Pierre Marie Van Hiele dan Dina Van Hiele-Geldof sekitar tahun 1950-an telah diakui di peringkat antarabangsa dan memberikan pengaruh yang kuat dalam pembelajaran geometri di sekolah. Setiap tahap dalam teori van Hiele, menunjukkan proses berfikir kepada pelajar untuk belajar mengenai geometri dan kefahamannya dalam konteks geometri. Kualiti pengetahuan pelajar tidak ditentukan oleh akomodasi pengetahuannya, tetapi lebih ditentukan oleh proses berfikir yang digunakan. Menurut teori Van Hiele, pelajar akan melalui lima tahap proses berfikir dalam geometri (Crowley 1987) iaitu mengenal pasti , tahap analisis, tahap deduksi informal, deduksi formal , dan rigor. Tahap berfikir Van Hiele dapat dijelaskan seperti berikut
1.      Tahap Mengenalpasti (Recognition)
Tahap ini merupakan tahap dasar. Pada tahap ini, pelajar hanya mengenal operasi gambar rajah pada  geometri berdasarkan  visual dan bentuknya. Pelajar hanya akan fokus kepada objek matematik yang diamati sahaja. Menurut Mackrell dan Johnson (2005) bahawa persepsi adalah visual sahaja, di mana pelajar mengenal pasti dan menamakan bentuk-bentuk dengan cara melihat sahaja.
2.      Tahap Analisis (Analysis)
Tahap ini juga dikenali dengan tahap deskriptif. Pada tahap ini, sudah terdapat analisis terhadap konsep dan pembangunan sifat geometri. Pelajar boleh menentukan sifat-sifat suatu bentuk dengan melakukan pengamatan, pengukuran, eksperimen, menggambarkan dan membuat model. Bagaimanapun, pelajar masih belum boleh menjelaskan hubungan antara sifat-sifat tersebut. Pelajar juga belum boleh melihat hubungan antara beberapa geometri dan terdapat beberapa definisi yang tidak dapat difahami oleh pelajar
3.      Tertib (Order)
Tahap ini juga dikenali dengan tahap abstrak. Hoffer (dalam Orton 1992) menyebut tahap ini seperti tahap arahan. Pada tahap ini, pelajar sudah dapat melihat hubungan sifat pembangunan sesuatu geometri dengan sifat pembangunan beberapa geometri lain. Pelajar dapat membuat definisi abstrak, menemukan sifat-sifat dari pelbagai geometri, serta dapat mengelompokkan setiap gambar secara hierarki. Meskipun demikian, pelajar memahami bahawa deduksi logik adalah metode untuk membangunkan geometri
4.      Tahap deduksi formal (formal deduction)
Pada tahap ini pelajar boleh menyusun bukti, tidak hanya sekadar menerima bukti. Pelajar boleh menyusun teorem dalam aksiom. Pada tahap ini pelajar berpeluang untuk mengembangkan bukti lebih dari satu cara. Mackrell dan Johnson (2005) menyatakan dan menunjukkan bahawa, pada aras ini pelajar membina jujukan penyataan atau hujah, memahami kepentingan prinsip dan definisi yang berkaitan untuk membuktikan sebagai suatu proses yang umum
5.      Tahap rigor
Pada tahap ini pelajar berfikir secara formal dalam sistem matematik dan dapat menganalisis dampak daripada manipulasi aksiom dan definisi. Saling berkaitan antara bentuk yang tidak didefinisikan, aksiom, teorem dan pembuktian formal dapat difahami


Peranan Guru dalam  Pembelajaran

Pembelajaran dengan menggunakan perisian geogebra tidak akan berhasil tanpa adanya peranan aktif dari guru (Effandi & Hutkemri 2012). Arahan dan penilain guru dalam penggunaan geogebra yang berbantukan laman web ini amatlah penting. Agar tujuan dan objektif pembelajaran dapat dicapai secara maksimal. Oleh itu, sebelum pembelajaran dimulakan, guru perlu menyediakan persiapan yang rapi serta mempunyai kemampuan konsep yang jelas sehingga guru dapat menyampaikan maklumat yang jelas kepada pelajar. Dalam hal ini, gurulah yang menjadi fasilitator antara ilmu yang dimilikinya dengan pelajar. Menurut Effandi & Hutkemri (2012) perlaksanaan pembelajaran menggunakan perisian geogebra mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat awal, semasa dan akhir. Selain itu,  terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh guru iaitu
1.      Menjelaskan kaedah yang akan digunakan.
2.      Memastikan pelaksanaan pembelajaran selama berlangsungnya proses pembelajaran.
3.      Memotivasikan pelajar untuk belajar.
4.      Menyampaikan tujuan pembelajaran yang ingin dicapai.
Pelajar mempunyai peluang untuk membuat eksplorasi dan mencuba untuk menyelesaikan masalah yang diberi.  Pada peringkat akhir, pelajar diminta untuk membuat kesimpulan berdasarkan apa yang telah difahaminya. Dengan ini pelajar akan mendapatkan makna pembelajaran yang diinginkan dengan mudah mengubahsuai bahkan lebih mahir daripada guru apabila pelajar dapat menemukan pembelajaran dengan baik.

Kepentingan Pembelajaran Geogebra Berasaskan Laman Web

Salah satu faktor yang menunjang pencapaian pelajar ialah bagaimana sesuatu proses pengajaran diamalkan oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran  matematik. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan, namun masih terdapat sebilangan besar guru yang menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi akan melahirkan  murid yang tidak boleh berfikir secara logik dan sistematik. Ini menyebabkan pelajar menjadi pasif. Terdapat beberapa kepentingan pembelajaran geometri berasaskan laman web
1.      Bagi pelajar, dengan adanya perisian geogebra berasaskan laman web ini dapat mengekalkan kefahaman konsep pelajar terhadap matematik kerana adanya gerakan-gerakan animasi, geraka-gerakan manipulasi dapat meningkatkan visualisasi mereka terhadap matematik
2.      Bagi guru, perisian ini dapat membantu guru untuk menyediakan set induksi pengajaran yang lebih berkesan. Selain itu,  guru juga akan cekap dalam mengguna kan teknologi untuk proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
3.      Bagi sekolah, dengan menggunakan perisian geogebra berasaskan laman web ini dapat meningkatkan tahap keberhasilan sebuah sekolah untuk menjadikan sekolah mengikut aras perkembangan teknologi maklumat pada hari ini.
Ramai pengkaji yang menyatakan bahawa geogebra mampu untuk menjelaskan Geometri, Algebra dan Kalkulus secara terperinci (Antohe, 2009; Edward & Jones 2006; Haclomeroglu; 2009; Rincon, 2009).Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hohenwarter (2008) bahawa perisian geogebra boleh digunakan untuk kalkulus. Selanjutnya berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Antohe (2009) bahawa perisian geogebra boleh digunakan untuk aritmetik, geometri, algebra, dan aplikasi kalukulus. Dengan ini menunjukkan pelajar boleh menghubungkaitkan konsep-konsep dalam matematik yang dipelajarinya. Kajian yang dijalankan oleh Hameroglu (2009) mendapati bahawa penggunaan perisian geogebra boleh memberikan kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Geometri, Algebra. Selain itu kajian yang lakukan oleh Rincon (2009) menyatakan bahawa penggunaan perisian geogebra dalam Geometri, Algebra Dan Kalkulus. Kajian yang dilakukan oleh Rincon ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh  Edward & Jones (2006) mendapati bahawa perisian geogebra boleh digunakan dalam menjelaskan konsep geometri dan algebra.
Kajian yang dijalankan oleh Mohini Mohamed & Esmawahida Multar (2012) mendapati bahawa pembelajaran menggunakan perisian Geogebra dan berasaskan web dapat meningkatkan rasa minat dan kecenderungan pelajar dalam mempelajari matematik. Pelajar dapat melihat gambar dengan jelas dan ini dapat meningkatkan visualisasi pelajar semasa proses pembelajaran. Kesimpulannya, perisian geogebra merupakan perisian komputer yang interaktif untuk pembelajaran geometri oleh kerana itu guru berperanan untuk mengarahkan pelajar dalam menggunakan perisian geogebra tersebut. Guru harus prihatin akan tanggung jawab mereka bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik harus sentiasa ditingkatkan. Melalui usaha yang gigih daripada guru, pembelajaran dengan menggunakan perisian geogebra berasaskan laman web mampu dilaksanakan dengan bermakna.

Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Geogebra Berasaskan Laman Web

Kaedah pembelajaran inkuiri, kooperatif, dan konstruktivism digunakan dalam pembelajaran ini. Kaedah pengajaran penemuan digunakan kerana bersesuaian dengan pembelajaran Geometri. Kaedah inkuiri merupakan suatu kaedah pengajaran yang memberikan data- data kepada pelajar kemudian pelajar dapat memproses data dan maklumat tersebut kepada keperluan yang bermakna Noraini (2005). Selain menggunakan pembelajaran inkuiri, proses pembelajaran juga menggunakan pembelajaran kooperatif. Pembelajaran Kooperatif ini merupakan pembelajaran secara berkumpulan. Kerana konsep daripada perisian Geogebra menggunakan laman web ini menggunakan komputer maka pelajar diminta belajar secara berkumpulan untuk menghindari ketidakfahaman rakannya yang lain. Menurut Azizah, Rahayah  & Musa (2012) Pembelajaran kooperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat antara ahli dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang. Selanjutnya mereka menyatakan pembelajaran kooperatif juga menekankan kumpulan heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sosial antara ahli. Ia berasaskan pembelajaran bersama bukan saingan atau secara individu.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Azizi dan Intan Sapinas (2008) menunjukkan bahawa faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap pembelajaran kooperatif. Dalam pembelajaran kooperatif peluang untuk bekerjasama dan berinteraksi dengan rakan sebaya adalah tinggi berbanding pelajar yang mengaplikasikan pembelajaran tradisional. Ini akan menyebabkan pelajar menerima maklum balas yang baik dan dapat memudahkan kefahaman mereka semasa proses pembelajaran dilakukan. Di sini, pelajar diminta untuk duduk dalam kumpulan masing-masing yang telah dibagikan oleh guru mereka. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif merupakan pembelajaran aktif yang dapat melibatkan pelajar untuk menyelesaikan persoalan matematik dengan bantuan anggota dari kumpulan mereka (Effandi 2003)
Konsep pembelajaran konstruktivism juga digunakan. Konstruktivism di sini adalah ketika guru memberikan satu masalah yang kemudian diselesaikan oleh pelajar  dengan menggunakan cara-cara yang informal melalui model-model pembuatannya sendiri sehingga menghasilkan prosedur formal melalui bimbingan guru. Ini seiring dengan falsafah konstruktivism (Husein 2007).
Cadangan Penambahbaikan Pembelajaran

Menurut kajian yang dijalankan oleh (Vighnarajah et al 2008), guru perlulah membuat kajian tentang tahap belajar pelajar sebelum sesuatu topik dibincangkan. Selanjutnya beliau juga menyarankan supaya guru memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan eksperimen yang boleh menjana tahap pemikiran pelajar itu sendiri. Selain itu guru perlulah Melakukan  pemilihan sekolah yang mempunyai kelengkapan komputer dan talian internet yang lengkap dan tiada masalah bagi melaksanakan dan melakukan pengujian di sekolah (Mohini & Esmawahida 2012). Terdapat beberapa cadangan lain yang boleh dilaksanakan agar pembelajaran dengan menggunakan perisian geogebra yang berasakan laman web ini dapat ditingkatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik, di antaranya
1.    Kementerian Pelajaran dapat menyediakan satu laman web rasmi yang menggunakan perisian geogebra. Hal ini membolehkan guru dan pelajar dapat menggunakan laman web tersebut bila-bila masa, di mana sahaja tanpa sebarang kekangan masa melalui komputer mereka sendiri
2.    Sekolah mahupun kementrian pelajaran perlulah mengekalkan pembelajaran geogebra berasaskan web ini secara offline sehingga guru mahupun pelajar yang tidak dapat terhubung atau tidak mempunyai talian internet dapat menggunakannya bahan media pengajaran ini
3.    Kementerian pelajaran perlulah membuat kursus kemahiran penggunaan geogebra kepada guru sehingga dapat membantu guru dalam mempersiapkan suatu set induksi serta membantu guru agar lebih mahir dalam menggunakan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi yang ada pada masa sekarang ini

Kesimpulan

Pada zaman perkembangan teknologi dan informasi kini, pembelajaran mestilah mengikut perkembangan semasa agar seimbang dengan arus globalisasi tersebut. Hal ini supaya pelajar juga turut dalam situasi semasa. Penggunaan perisian geogebra berasaskan laman web ini ialah untuk pembelajaran geometri supaya dapat digunakan sebagai media pembelajaran matematik. Dengan menggunakan pendekatan perisian geogebra yang berasaskan laman web ini, pelajar dapat menggunakan kemahiran mereka dalam meneroka topik yang dipelajari. Geogebra merupakan suatu proses pembelajaran yang interaktif, yang boleh melakukan penerokaan, penyiasatan dan membina pengetahuan yang sedia ada. Selain itu, pelajar tidak mengalami kesulitan dalam mencari bahan pelajaran kerana dalam laman web ini telah disiapkan konsep serta materi pengajaran  yang divisualisasikan melalui video pergerakan geogebra yang dapat menambah pengetahuan pelajar terhadap konsep matematik. Peranan guru amat penting dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Selain mengawal pelajar dalam mempelajari bahan pengajaran, guru juga harus menjelaskan konsep yang sukar difahami dan menilai pembelajaran pelajar. Penggunaan perisian geogebra yang berasaskan laman web dapat digunakan untuk menyelesaikan persoalan matematik dan penguasaan konsep matematik pelajar dalam jangka masa yang panjang.
Rujukan

Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. (2007). Penggunaan Kemahiran Berfikir di Kalangan Pelajar Dalam Persekitaran Perisian Geometri Interaktif. 1st International Malaysian Educational Technology Convention, 1081-1090

Abdul Razak Bin Idris  & Nor Asmah Binti Salleh. (2011).  Pendekatan pengajaran yang digunakan  oleh guru sekolah menengah di daerah  Johor bahru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Journal of Science and Mathematics Educational, 3 (1) 134-149

Ali Mahmudi. (2010). Membelajarkan geometri dengan program geogebra. Seminar Nasional Matematika dan Pendidikan Matematika. Universiti Negeri Yogyakarta

Antohe, V. (2009). Limits of educational Soft “ Geogebra” In a Critikal Constructive Review. Annal Computer Science Series. 7th Tome 1 st Fasc. Anale. Seria Informatica

Azizi Yahya & Intan Sapinas .(2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Kooperatif di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik, Perak : Universiti Teknologi Malaysia

Castronova, J. A. (2002). Discovery Learning for the 21st Century. Diambil pada 15 desember2012darihttp://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.129.4738&rep=rep1&type=pdf. Article manuscript

Crowley, M.L. (1987). The van Hiele Model of the Geometric Thought.. Dalam Linquist, M.M. (eds) Learning ang Teaching Geometry, K-12. Virginia: The NCTM, Inc.

Dodge, B. (1997). Some thought about Webquest. San diego state university. Diambil pada 27 desember 2012  dari  http://webquest.sdsu.edu/about_webquests.html

Edward, J. A & Jones, K. (2006). Linking geometry and algebra with geogebra. Mathematics Teachin. Proquest Educational Journal, 28

Effandi Zakaria & Hutkemri. (2012). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan matematik dan sains dalam Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Md Yusoff Daaud et al (Pnyt). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pendidikan Matematik dan Sains.  hlm. 55-69: Universiti Kebangsaan Malaysia

Effandi Zakaria. (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media and
technology for learning, 7th edition. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Hohenwarter, M., Hohenwarter, J. Kreis, Y & Lavicza, Z. (2008). Teaching and calculus with free dynamic mathematics software GeoGebra. 11th International Congress on Mathematical Education, Mexico, 1-10

Husen Windayana. (2007). Pembelajaran Matematika Realistik dalam Meningkatkan Kemampuan Berpikir Logis, Kreatif, dan Kritis, Serta Komunikasi Matematik Siswa Sekolah Dasar. Jurnal Pendidikan Dasar , 1 (8)

Ibrahim, H., Sihkabuden, Suprijanta, & Kustiawan, U. (2001). Media pembelajaran: Bahan
sajian program pendidikan akta mengajar. FIP. UM.

Jamaluddin harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentung : PTS

Jamaludin & Zaidatun. (2001). Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan Pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak :Universiti Teknologi Malaysia

Kristof, R. & Satran, A. (1995). Interactivity by Design. Mountain view CA : Adobe Press

Mackrell K. & Johnson P. (2005). Thinking Geometrically: Dynamic Imagery, Teaching Secondary Mathematics with ICT (pp. 82-96). England: McGraw-Hill Education

Md Yusoff  Daud & Farida Hamat . (2012). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan matematik dan sains dalam Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Md Yusoff Daaud et al (Pnyt). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pendidikan Matematik dan Sains.  hlm. 105-120: Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (2008). Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Jurnal   Pengajian   Umum , 1 (9)

Mohini Mohamed & Esmawahida Multar. (2012) . Modul Pembelajaran Geometri Berasaskan Web Bagi Pelajar Tingkatan 4 Dan 5 Menggunakan Geogebra. Journal of Science and Mathematics Education, 1(6) 62-76

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin & Musa Daia. (2012). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal pendidikan,   47-5

Noraini Idris . (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. (Edisi 5) Kuala Lumpur: Utusan Publication

Norazah Mohd Nordin, Norainon Muhd Isa & Mohamed Amin Embi. (2012). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan Matematik dan Sains dalam Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Md Yusoff Daaud et al (Pnyt). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pendidikan Matematik dan Sains: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm, 125-148

Norlemi bt Amir Sharifah Norul & Akmar bt Syed Zamri. (2007). Tafsiran kanak-kanak terhadap ilustrasipiktorial bagi Operasi penambahan dan penolakan. Jurnal pendidikan,  27(1)

Orton, A. (1992). Learning Mathematics: Issues, Theory, and Classroom Practice, 2nd Edition. London: Cassell

Rincon, L. F. (2009). Designing dynamic and interactive applications using Geogebra Sofware. ERIC Full text and Thesis: Kean University

Sharon, E. S. James, D. R. Robert, H, et al. (2005). 8th ed. Instructional technology and media for learning. New jersey: Pearson Prentice Hall

Vighnarajah, et. al. (2008). The Shift In The Role Of Theacer In The Learning Process.  Europe Journal Of Social Science : Universiti Putra Malaysia